FIT & FUN @ KULAI MERIAH DENGAN PENYERTAAN BELIA DAN KOMUNITI SETEMPAT

FIT & FUN @ KULAI MERIAH DENGAN PENYERTAAN BELIA DAN KOMUNITI SETEMPAT

KULAI, 10 Julai 2026 – Program FIT & FUN @ Kulai anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah berlangsung dengan meriah di Lotus's Kulai, menghimpunkan seramai 150 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program yang diadakan bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam komuniti.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Move & Sweat (J-Robik dan Aerobikton), World Cup Console Challenge dan Penalty Shoot Out Challenge. Kesemua aktiviti tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya daripada golongan belia dan kanak-kanak.

Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasa budaya hidup sihat, meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kecergasan dan rekreasi, serta melahirkan komuniti yang lebih aktif, cergas dan sejahtera.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, rakan strategik, agensi serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Program FIT & FUN @ Kulai. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform untuk memperkukuh amalan hidup sihat dan memperkasakan kesejahteraan komuniti.

#JBSJohor

#PBSDKulai

#TeamKBS

#FitFun

Taufiq Johari 

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara 

Zurie Hanmi

Disediakan Oleh JBSN Johor

 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search