- JBS Johor
- Hits: 8
MAJLIS PERJUMPAAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA DENGAN WARGA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 8
Larkin, 29 Jun 2026 – YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bagi meninjau pengoperasian fasiliti serta mendapatkan taklimat mengenai pelaksanaan program dan pembangunan belia serta sukan di negeri ini. Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Encik Zurihanmi Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum sesi taklimat dimulakan.
Dalam lawatan tersebut, YB telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan menekankan kepentingan budaya kerja yang cemerlang, semangat berpasukan serta komitmen berterusan dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan di negeri Johor.
YB turut meninjau fasiliti dan kemudahan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bagi memastikan prasarana yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan kondusif dalam menyokong pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan agenda pembangunan belia dan sukan terus diperkasa melalui kerjasama erat antara kepimpinan dan warga jabatan di semua peringkat.
YB Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
#JBSNKomited #JBSJohor #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Disediakan Oleh JBSN Johor
