MERSING, 27 Jun 2026 – Program Women's Trail Hiking Peringkat Negeri Johor 2026 berlangsung selama dua hari di Gunung Arong, di sini, bermula 27 Jun hingga 28 Jun, menghimpunkan penyertaan wanita dari seluruh negeri Johor.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor serta Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, di samping memperkasakan pelibatan wanita dalam aktiviti rekreasi lasak dan pemeliharaan alam sekitar.
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka keindahan alam semula jadi Gunung Arong melalui aktiviti pendakian yang telah dirancang secara berstruktur.
Selain itu, program tersebut turut membuka ruang kepada para peserta untuk menambah pengalaman serta pengetahuan, khususnya melalui perkongsian ilmu bersama malim gunung dan interaksi sesama peserta sepanjang aktiviti berlangsung.
Program ini direka khas untuk memperkasakan golongan wanita dalam menjalani dan menyertai aktiviti rekreasi yang mencabar. Seramai 25 orang peserta, 4 malim gunung dan 6 orang urus setia telah menyertai program tersebut yang melibatkan beberapa daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Kluang.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil program tersebut telah disempurnakan oleh Encik Abd Isa bin Abd Rasah, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir ialah Pegawai Hutan Daerah Johor Timur, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor dan Kelab Gimnasium Rakyat Johor.
Program ini dirancang oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi merancakkan aktiviti sukan rekreasi di Negeri Johor khasnya Malaysia.
Semoga penganjuran program ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan kaum wanita yang sihat, cergas dan mampan untuk masa depan negara.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
#JBSJohor
#JBSNKomited
#TeamKBS
#TeamsKarisma
#BahagianSukanJBSNJohor
#JabatanPerhutananNegeriJohor
#PersatuanMalimGunungPerhutananJohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
