LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

LIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

JOHOR BAHRU, 28 JUN 2026 – Program Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Johor 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 28 Jun 2026.

Program ini bertujuan menggalakkan golongan warga emas mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan di samping memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan, iaitu petanque, dart dan tenpin boling, dalam program yang mendapat kerjasama Persatuan Dart Johor, Persatuan Sukan Boules Johor serta Persatuan Sukan Tenpin Bowling Johor.

Penganjuran program tersebut berjaya menghimpunkan lebih daripada 80 orang peserta yang mengambil bahagian dalam ketiga-tiga acara yang dipertandingkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada semua peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga penganjuran Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Johor 2026 ini dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga emas, di samping menggalakkan lebih ramai warga emas untuk kekal aktif dan menyertai aktiviti sukan.

Taufiq Johari

Mordi Bimol

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Zurie Hanmi

#LigaSukanWargaEmas

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search