PERTEMUAN TIM TEKNIK DAN PERSIDANGAN KE-22 KELOMPOK KERJA/JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MALAYSIA–INDONESIA (SOSEK MALINDO) TINGKAT PROVINSI KEPULAUAN RIAU (KEPRI)/RIAU DAN PERINGKAT NEGERI JOHOR/MELAKA TAHUN 2026

PERTEMUAN TIM TEKNIK DAN PERSIDANGAN KE-22 KELOMPOK KERJA/JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MALAYSIA–INDONESIA (SOSEK MALINDO) TINGKAT PROVINSI KEPULAUAN RIAU (KEPRI)/RIAU DAN PERINGKAT NEGERI JOHOR/MELAKA TAHUN 2026

Wyndham Panbil Hotel, Kota Batam, Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia

22 hingga 25 Jun 2026 - Persidangan SOSEK MALINDO Tahun 2026 menghimpunkan delegasi Malaysia dan Indonesia bagi membincangkan isu-isu pembangunan serta kerjasama rentas sempadan yang melibatkan tiga bidang utama, iaitu Kertas Kerja 1 Bidang Kerjasama Sosial dan Budaya, Kertas kerja Bidang Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan dan Kertas Kerja 3 Bidang Kerjasama Keselamatan dan Pengurusan Sempadan

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Zurihanmi Zakariya, telah menghadiri persidangan tersebut selaku Ketua Bidang Kerjasama Sosial dan Budaya.

Dalam persidangan berkenaan, beliau telah mempengerusikan sesi perbincangan yang melibatkan sektor kesihatan, pendidikan, kesenian dan kebudayaan serta belia dan sukan, yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang pembangunan sosial serta budaya.

Persidangan ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan dua hala serta memperkukuh kerjasama antara Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Provinsi Riau, Negeri Johor dan Negeri Melaka demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Majlis Keselamatan Negara

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Zurie Hanmi

#SosekMalido

#jbsjohor

#JBSNKomited

#MKNJohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search