- JBS Johor
- Hits: 14
SESI LATIHAN FIZIKAL KE-2 BAGI PESERTA PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS JOHOR 2026
- JBS Johor
- Hits: 14
Larkin, 21 Jun 2026 – Sesi Latihan Fizikal Ke-2 bagi peserta Pertandingan Biggest Loser KBS Johor 2026 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Sesi latihan ini dikendalikan oleh instruktur kecergasan bertauliah daripada Kelab Senamrobik ABF yang membimbing para peserta melalui aktiviti senamrobik, High-Intensity Interval Training (HIIT) dan Tabata. Latihan yang dijalankan bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, membakar kalori serta membantu proses penurunan berat badan secara sihat.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah disusun. Penglibatan aktif ini mencerminkan kesungguhan mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta mencapai sasaran penurunan berat badan yang telah ditetapkan.
Diharapkan sesi latihan fizikal yang dilaksanakan secara berkala ini dapat terus memberi motivasi kepada para peserta untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat, selaras dengan objektif Pertandingan Biggest Loser KBS Johor 2026.
#JBSJohor
#BiggestLoser
#TeamKBS
Disediakan Oleh JBSN Johor
