- JBS Johor
- Hits: 13
PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @ PARLIMEN TANJUNG PIAI (KURSUS PERTOLONGAN CEMAS RAKAN MUDA RAKAN MAHIR 2026)
- JBS Johor
- Hits: 13
PEKAN NANAS, 21 Jun 2026 – Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Tanjung Piai bagi Kursus Pertolongan Cemas Rakan Muda Rakan Mahir 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SJKC Yu Ming, Pekan Nanas, Pontian dengan penyertaan seramai 67 orang peserta.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang hadir sebagai wakil rasmi kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Mohd Fahmi bin Ali, Pembantu Belia dan Sukan, Encik Lee Wei Heng, Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Tanjung Piai, serta Encik Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan pertolongan cemas kepada golongan belia serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tindakan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan. Melalui kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada teori dan latihan praktikal yang merangkumi teknik asas pertolongan cemas, pengendalian kecederaan ringan serta tindakan kecemasan yang perlu diambil sebelum bantuan perubatan profesional tiba.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah dibimbing oleh Encik Pang Kee Yau, Ketua Unit Pertolongan Cemas (First Aid Team) Kelab Taekwondo Cergas yang bertindak sebagai tenaga pengajar utama. Penyampaian yang interaktif dan latihan amali yang dijalankan telah memberi pengalaman berharga kepada peserta dalam menguasai kemahiran pertolongan cemas.
Dalam ucapan perasmian penutup, Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Beliau turut berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu masyarakat apabila berdepan dengan situasi kecemasan.
Program anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Tanjung Piai dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor,Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, Kelab Taekwondo Cergas dan Persatuan Belia Cergas Pontian ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam melahirkan belia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.
#rakanmuda
#kelabrakanmuda
#RakanMahir
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
