MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

KOTA ISKANDAR, 20 Jun 2026 – Telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor 2026 yang bertujuan mengiktiraf sumbangan, pencapaian serta komitmen golongan belia dan pertubuhan belia dalam pembangunan belia.

Anugerah telah disampaikan bagi tiga kategori utama iaitu Kategori Pertubuhan Belia, Kategori Individu Wanita dan Kategori Individu Lelaki. Pengiktirafan ini diberikan kepada penerima yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan, kesukarelawanan, pembangunan komuniti serta penglibatan aktif dalam pelbagai bidang pembangunan belia.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, selaku Wakil Rasmi Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam melahirkan lebih ramai belia yang berdaya saing, berintegriti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Zurie Hanmi

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSJohor

#APBN2026

#MalaysiaMADANI

#MajuJohor 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search