LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026

LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026

Johor Bahru, 20 Jun 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Johor Bahru 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat. Program ini dianjurkan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, membudayakan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.

Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar yang dilaksanakan di tiga lokasi berbeza. Pertandingan Futsal telah berlangsung di Sport Prima Pandan, acara Bola Jaring di Velodrome Johor, manakala pertandingan Bola Tampar diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Kesemua pertandingan berlangsung dengan lancar hasil kerjasama erat antara peserta, urus setia, pengadil dan teknikal.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pengadil, urus setia, serta rakan strategik yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Johor Bahru 2026. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi platform dalam melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan bersatu padu melalui sukan.

#JBSNKomited

#TeamKBS

#JBSJ

#pbsdjb

#LSKJB

Zurie Hanmi

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search