PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

KLUANG, 19 - 20 JUN 2026- Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Johor 2026 telah diadakan selama 2 hari di Gunung Lambak, Kkuang anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor . 

Program ini merupakan salah satu cabang sukan rekreasi dimana para peserta dapat menerokai alam semulajadi melalui aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, para peserta juga dapat menimbah pengalaman dan pengetahuan melalui perkongsian ilmu bersama malim gunung dan sesama peserta.

Seramai 47 peserta, 3 malim gunung dan 6 orang urusetia telah menyertai program tersebut yang melibatkan beberapa daerah seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang, Kulai, Muar dan Kluang.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil program tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan turut hadir pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor Encik Mohd. Arfif bin bin Mohd. Yusoff.

Program ini dirancang oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi merancakkan aktiviti sukan rekreasi di Negeri Johor khasnya Malaysia.

Semoga penganjuran program ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan belia-belia yang sihat, cergas dan mampan untuk masa depan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Zurie Hanmi

#JBSNJohor

#JBSNBersama

#TeamKBS

#TeamsKarisma

#BahagianSukanJBSNJohor

#PersatuanMalimGunungPerhutananJohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search