PERHIMPUNAN PERWAKILAN NASIONAL PEMUDA GEMA

PERHIMPUNAN PERWAKILAN NASIONAL PEMUDA GEMA

Johor Bahru, 20 Jun 2026 – Majlis Perhimpunan Perwakilan Nasional PEMUDA GEMA sedang berlangsung di V8 Hotel, Johor Bahru dengan menghimpunkan para perwakilan dari seluruh negara.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Perhimpunan ini menjadi platform penting dalam menghimpunkan para perwakilan bagi membincangkan hala tuju organisasi, memperkukuh saf kepimpinan serta merangka agenda pembangunan anak muda yang lebih progresif, dinamik dan berkesan selaras dengan cabaran semasa.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, para perwakilan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search