- JBS Johor
- Hits: 18
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN RENANG PARA JOHOR (PREPJ) KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 18
JOHOR BAHRU, 16 Jun – Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Persatuan Renang Para Johor (PREPJ) ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSNJ) yang diketuai oleh Presiden PREPJ, Puan Hajah Alwiyah binti Talib, bersama dengan barisan kepimpinan persatuan.
Delegasi PREPJ telah disambut oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang mengalu-alukan kehadiran pihak persatuan serta menyatakan komitmen jabatan dalam menyokong pembangunan sukan para di negeri Johor.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta membincangkan pelbagai isu dan cadangan berkaitan pembangunan atlet renang para, pengurusan program, pembangunan bakat serta usaha memperkasakan sukan OKU di negeri Johor.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Cik Suziany Karim, Pegawai Unit Pembangunan Sukan OKU JBSNJ, serta Puan Azwana binti Hassan dan Encik Low Kar Jun, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PREPJ.
Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang mesra dan konstruktif serta diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama bagi memperkasakan pembangunan sukan para, khususnya sukan renang, demi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama Johor dan negara di peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan Oleh JBSN Johor
