- JBS Johor
- Hits: 19
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG B40 – KUMPULAN 1
- JBS Johor
- Hits: 19
Johor Bahru, 14 Jun 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang B40 bagi Kumpulan 1 telah tamat dengan jayanya hari ini selepas berlangsung selama enam (6) sesi bermula 30 Mei hingga 14 Jun 2026.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru. Turut hadir ialah Cik Glendalyn Johny, Pegawai Pembangunan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan juga Puan Ler Mui Choo dari Kelab Renang Ezy selaku rakan strategik program.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan KLAS Renang Fasa 1. Semoga kemahiran renang yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Disediakan Oleh JBSN Johor
