- JBS Johor
- Hits: 13
MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM BAKTI BELIA MADANI 2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 13
Felda Maokil, Pagoh, 14 Jun - Program Bakti Belia MADANI 2026 Peringkat Negeri Johor anjuran Majlis Belia Malaysia bersama MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR melabuhkan tirainya hari ini melalui Majlis Penutupan Rasmi yang menandakan berakhirnya tiga hari pelaksanaan program berteraskan semangat kesukarelawanan, kebersamaan dan khidmat bakti kepada masyarakat.
Bertemakan “Dari Bandar ke Desa, Membawa Semangat Bakti”, program yang berlangsung bermula dari 12 hingga 14 Jun 2026 ini telah menghimpunkan penyertaan belia daripada pelbagai daerah, pertubuhan belia serta agensi strategik dalam menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong komuniti, keceriaan kawasan awam, khidmat masyarakat dan pelbagai inisiatif kesukarelawanan yang bukan sahaja memperkukuh semangat perpaduan dan patriotisme malah berjaya mengeratkan hubungan antara belia bandar dan desa.
Penganjuran program ini membuktikan bahawa golongan belia merupakan aset penting negara yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga, idea dan kepakaran dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih sejahtera, progresif dan berdaya tahan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, urus setia, sukarelawan, rakan strategik, agensi kerajaan, pemimpin komuniti serta seluruh pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga semangat kesukarelawanan dan budaya menyantuni masyarakat yang diterapkan sepanjang program ini akan terus diperkasakan dalam kalangan belia Johor selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#BaktiBeliaMADANI2026
#JBSNegeriJohor
#BeliaJohor
#MalaysiaMADANI
#KesukarelawananBelia
#DariBandarKeDesa
#RakanMuda
Disediakan Oleh JBSN Johor
