MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Johor Bahru, 23 Mei 2026 – Majlis Pelancaran Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Johor 2026 telah berlangsung hari ini dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para peserta serta sokongan pelbagai pihak. Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan, pemakanan seimbang dan perubahan gaya hidup yang lebih positif. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi fotografi "before transformation" dan perkongsian daripada penaja pertandingan serta aktiviti interaktif bersama dengan peserta. Para peserta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang majlis berlangsung, sekali gus membuktikan kesungguhan mereka untuk menyahut cabaran pertandingan ini. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, penaja dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pelancaran ini. Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam membentuk komuniti yang lebih sihat, aktif dan berdaya saing.

 

#JBSJohor

#BiggestLoserKBS

#TeamKBS 

 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-07-2026, 12:52:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search