Johor Bahru, 19 Mei 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengadakan pertemuan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi membincangkan berkenaan kerjasama penyertaan murid sekolah ke program jabatan yang akan dilaksanakan pada bulan Jun 2026. Hadir untuk pertemuan tersebut Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang disambut Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan lagi untuk masa hadapan.
#menggerakbeliamadani
#jbsnjohor
#JBSNKomited
Disediakan Oleh JBSN Johor
