YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SANTUNI BELIA JOHOR BERSEMPENA DENGAN PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR PIALA FA

YB MENTERI BELIA DAN SUKAN SANTUNI BELIA JOHOR BERSEMPENA DENGAN PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR PIALA FA

Johor Bahru, 16 Mei 2026 — Suasana penuh semangat dan meriah jelas terasa di Dataran Bandaraya Johor Bahru bersempena dengan Program Tayangan Skrin Besar Peringkat Negeri Johor yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam tadi.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dr Mohammed Taufiq Johari yang sudi meluangkan masa bersama-sama belia Johor bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dan anak muda. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Zurihanmi Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang bersama-sama menyantuni para pengunjung dan penyokong yang hadir sepanjang program berlangsung. Kehadiran YB Menteri Belia dan Sukan jelas memberi suntikan semangat kepada para penyokong dan pengunjung, sekali gus membuktikan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan dalam mendekati golongan belia melalui platform sukan dan aktiviti komuniti. Selain tayangan skrin besar yang mendapat sambutan hangat, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan program antaranya "penalty shoot out" serta cabutan bertuah yang berjaya menarik penyertaan dan menceriakan suasana sepanjang program berlangsung. Program tayangan ini bukan sahaja menjadi medium penyatuan penyokong bola sepak, malah berjaya mewujudkan suasana harmoni serta semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Johor.

 

Taufiq Johari 

Zurie Hanmi 

#KBSMalaysia

#JBSJohor

#FinalPialaFA

 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-08-2026, 16:54:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search