Johor Bahru, 16 Mei 2026 – Program i-Talent Peringkat Daerah Johor Bahru 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan pelibatan peserta OKU dalam sesi pencarian dan pengenalpastian bakat atlet para baharu. Program ini bertujuan mengenal pasti potensi peserta melalui beberapa komponen ujian asas sebelum senarai peserta berpotensi dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor untuk penilaian lanjut. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menjalani beberapa ujian asas sebagai proses awal penilaian bakat sukan. Program ini menjadi platform penting dalam usaha mencungkil dan membangunkan bakat atlet para ke peringkat yang lebih tinggi. Turut hadir ialah Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru serta Puan Nurain Raihana binti Isa, Penyelaras Sukan Para, Majlis Sukan Negeri Johor bagi memastikan kelancaran program. Selain itu, Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor turut berkesempatan menyantuni para peserta serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka sepanjang program berlangsung.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program i-Talent Peringkat Daerah Johor Bahru 2026.
#TeamKBS
#teamjbsj
#pbsdjb
#MajuJohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
