Johor, 15 Mei 2026 – Sesi Pemilihan Peserta bagi Klas Renang (Fasa 1) Kategori OKU telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dengan pelibatan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah Johor Bahru. Sesi pemilihan dijalankan menerusi temu duga dan penilaian bersemuka bersama dengan peserta serta jurulatih daripada Kelab Renang EZY. Penilaian dibuat berdasarkan tahap keyakinan diri, komunikasi dan kesesuaian peserta untuk mengikuti program latihan yang akan dijalankan. Turut hadir ialah Encik Mohammad Fadhil Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bagi memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada para peserta serta ibu bapa yang hadir sepanjang program berlangsung. Program Klas Renang OKU ini dijangka akan diteruskan mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan dengan kerjasama jurulatih profesional dan pihak berkaitan, selaras dengan usaha memperkukuh pembangunan sukan inklusif serta melahirkan lebih ramai bakat atlet OKU di negeri Johor.
#TeamKBS
#jbsjohor
#pbsdjb
#KLASRENANG2026
#MajuJohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
