PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) DAERAH KOTA TINGGI 2026 DISAMBUT DENGAN MERIAH.

PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) DAERAH KOTA TINGGI 2026 DISAMBUT DENGAN MERIAH.

14 Mei 2026, Kota Tinggi - Program Semarak Belia@Hari Belia Negara Daerah Kota Tinggi 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat tinggi anak-anak muda apabila menghimpunkan kira-kira 1000 orang belia daripada Persatuan Belia Daerah, Belia-belia setempat,Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ,institusi kemahiran serta komuniti belia sekitar daerah Kota Tinggi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Aznan Tamin,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dengan kehadiran dif-dif kehormat iaitu YB Cik Norlizah Noh ADUN Johor Lama, YB Fauziah Misri ADUN Penawar, En. Zainul Ariffin Bin Azhar Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi Wakil Rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, En. Muhammad Fazly bin Jamaluddin Pengarah Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, En. Ruhisyam Bin Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi serta En. Hafizul Syazwan bin Abdul Hadi selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi. Program dimulakan dengan aktiviti Aerobic Dance yang penuh bertenaga dan ceria diselaraskan oleh ahli-ahli Persatuan Belia MBFM Felda Simpang Waha sekali gus menyemarakkan semangat Hari Belia Negara dalam kalangan peserta yang hadir. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelepasan Fun Run yang telah disempurnakan oleh YB Aznan Tamin sebagai simbolik sokongan terhadap gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan belia dibawah slogan “Aktif Johor”.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program termasuk Indoor Game seperti pertandingan Batu Seremban, Dam Haji dan Dam Ular yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Program turut dimeriahkan dengan pelbagai cabutan bertuah menarik yang disediakan kepada pengunjung dan peserta yang hadir dan dihiburkan dengan pelbagai lagu persembahan “buskers” Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Turut memeriahkan program ialah penyertaan usahawan dan peniaga belia tempatan yang membuka reruai jualan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing. Penyertaan ini bukan sahaja membantu memperkenalkan bakat serta potensi belia dalam bidang keusahawanan, malah memberi peluang kepada pengunjung untuk menyokong produk keluaran anak muda tempatan. Program SB@HBN Daerah Kota Tinggi 2026 ini telah mencapai matlamat penganjuran dengan menjadi platform terpenting dalam memperkasakan peranan belia sebagai aset utama pembangunan negara, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi muda yang aktif, progresif dan berdaya saing sesuai dengan tema Hari Belia Negara 2026 iaitu “Menggerak Belia”.

 

#SemarakBelia

#HBN2026

#KotaTinggi

#MajuJohor

#MalaysiaMadani

#pejabatbeliadansukankotatinggi

#MajlisBeliaDaerahKotaTinggi

#KPMBandarPenawar 

 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-08-2026, 16:54:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search