PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026

PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026

Johor Bahru, 13 Mei 2026 (Rabu) – Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Johor Bahru 2026 telah berjaya dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai dengan penglibatan aktif sukarelawan belia dalam kalangan pelajar ADTEC. Antara pengisian utama program ialah aktiviti melukis mural belia yang mengetengahkan mesej perpaduan, semangat kesukarelawanan serta pembangunan sahsiah positif dalam kalangan belia. Aktiviti tersebut bukan sahaja berjaya menceriakan persekitaran kampus, malah turut menjadi medium ekspresi kreatif dan pengukuhan nilai kebersamaan para peserta. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Turut hadir ialah Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Muhammad Nazri bin Kasmen, Penghulu Tertinggi Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru serta Encik Mohammad Aliff bin Dato’A. Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor. Program ini dilihat mampu memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia di samping menyemarakkan semangat Rakan Muda sebagai agen perubahan masyarakat yang aktif, kreatif dan prihatin.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #HarungiBersama #RakanMuda #RakanPrihatin #JBSJohor #PBSDJB

Disediakan Oleh JBSN Johor

 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-08-2026, 16:54:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search