- JBS Johor
- Hits: 43
PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU DIGITAL DODGEBALL PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026
- JBS Johor
- Hits: 43
Batu Pahat, 9 Mei 2026 – Telah berlangsung Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball) Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bertempat di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat (KPTM) yang melibatkan seramai 40 orang peserta dalam kalangan pelajar IPTA.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) dan Digital Dodgeball (HADO). Pengenalan sukan baharu ini selari dengan perkembangan inovatif dalam dunia sukan yang berasaskan teknologi serta menggabungkan elemen fizikal dan digital. Para peserta telah diberikan pendedahan mengenai sukan digital dodgeball melalui sesi penerangan teori serta latihan praktikal yang diadakan pada sesi petang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Md Hanafizah bin Ya’acob, Pengarah KPTM Batu Pahat bersama-sama Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Pihak Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KPTM Batu Pahat serta semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga pengenalan sukan ini dapat menarik minat golongan muda untuk terus menceburi bidang sukan inovatif seperti Digital Dodgeball.
#JBSJohor
#TeamKBS
#KPTMBatuPahat
#DigitalDodgeball
Disediakan Oleh JBSN Johor
