PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM SEMARAK BELIA@HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2026.

PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM SEMARAK BELIA@HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2026.

BENUT, 7 Mei 2026 (Khamis) – Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2026 telah diadakan pagi tadi di SMK Benut, Pontian dengan bertemakan “Menggerak Belia”. Sesi perbincangan tersebut diketuai oleh Tuan Haji Azman bin Abdul Aziz @ Nong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Benut. Turut hadir ialah Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian bersama-sama dua orang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian serta Saudara Nor Mohamad Shawalludin bin Abdul Malik, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Pontian. Hasil perbincangan dan lawatan tapak tersebut, semua pihak telah bersetuju untuk melaksanakan program berkenaan pada 13 Mei 2026 (Rabu) bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Semoga segala perancangan dan pelaksanaan program ini berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.

#menggerakbeliahbn2026

#MalaysiaMadani

#MajuJohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-07-2026, 22:25:20

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search