- JBS Johor
- Hits: 14
SESI PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL ADTEC JTM KAMPUS PASIR GUDANG BAGI PELAKSANAAN PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
- JBS Johor
- Hits: 14
Johor Bahru, 6 Mei 2026 – Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Daerah Johor Bahru telah diadakan melibatkan Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bersama-sama pegawai-pegawai PBSD Johor Bahru serta wakil ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Encik Redha Anwar bin Mohamad. Perbincangan tersebut bertujuan menyelaras perancangan program yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mei 2026 (Rabu) bertempat di ADTEC Kampus Pasir Gudang. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pengisian aktiviti sepanjang program, perjalanan program secara keseluruhan serta keperluan logistik dan teknikal bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
#pbsdjb
#jbsjohor
#menggerakbelia
#sb@hbn
#mobalisasisukarelawanrakanmuda
Disediakan Oleh JBSN Johor
