- JBS Johor
- Hits: 11
PENYERAHAN PROFIL ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR OLEH CALON WAKIL DAERAH PONTIAN
- JBS Johor
- Hits: 11
Pontian, 30 April 2026 – Satu sesi penyerahan profil bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan lancar melibatkan calon kategori individu lelaki, Saudara Mohd Nur Salihin bin Mohd Khusni. Beliau yang mewakili Daerah Pontian melalui Kelab Rakan Muda Parlimen Pontian telah menyerahkan profil pencalonan kepada Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.
Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian di peringkat negeri bagi menilai tahap pencapaian, pelibatan serta sumbangan belia dalam pembangunan komuniti dan kepimpinan.
#APBN
#AnugerahPerdanaBeliaNegara
#beliajohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
