- JBS Johor
- Hits: 10
SESI PERJUMPAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU BERSAMA CALON ( APBN ) DAERAH JOHOR BAHRU
- JBS Johor
- Hits: 10
Johor Bahru, 28 April 2026 – Calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Daerah Johor Bahru telah mengadakan sesi perjumpaan bersama-sama Encik Mohammad Fadhil bin Jamal bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas berhubung profil pencalonan yang telah disediakan. Dalam sesi tersebut, beliau telah meneliti profil calon serta berkongsi pelbagai tips berguna, panduan persediaan dan kata-kata semangat bagi meningkatkan keyakinan calon dalam menghadapi sesi penilaian yang bakal berlangsung.
Sesi ini diharap dapat membantu calon membuat persediaan yang lebih mantap, sekali gus memperkukuh penyertaan dalam pertandingan APBN pada peringkat seterusnya.
#APBN #AnugerahPerdanaBeliaNegara #BeliaJohor #JohorBahru
#apbn
Disediakan Oleh JBSN Johor
