Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Shamsuhaime bin Basir atas khidmat bakti beliau selama tujuh tahun sebagai Pengarah bermula dari 17 September 2019 hingga 14 April 2026. Tahniah jua diucapkan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara berkuat kuasa pada 15 April 2026.
Semoga tuan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan memberikan komitmen yang tinggi bagi memperkukuh organisasi seterusnya menyemarakkan lagi program-program pembangunan Rakan Muda di seluruh negara.
Shamsuhaime Basir
#jbsnj
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#TeamKBS
#MajuJohor
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
