LAWATAN TAPAK PROGRAM UNIT PEMBANGUNAN BELIA DAERAH PONTIAN 2026

LAWATAN TAPAK PROGRAM UNIT PEMBANGUNAN BELIA DAERAH PONTIAN 2026

PONTIAN, 15 APRIL 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pontian telah mengadakan lawatan tapak di dua lokasi berbeza sebagai persediaan pelaksanaan program di bawah Unit Pembangunan Belia bagi tahun 2026 khususnya bagi penganjuran Kem Belia.

Lawatan tersebut melibatkan kunjungan ke D’Bemban Camp & Eco Resort dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor. Di D’Bemban Camp & Eco Resort, rombongan telah disambut oleh Encik Jamil bin Sanin selaku pengurus, manakala di AKM Negeri Johor, taklimat berkaitan fasiliti serta modul program telah disampaikan oleh Encik Mohd Sufian bin Abu Hassan, Penolong Pengarah AKM Negeri Johor. Taklimat tersebut turut menyentuh potensi kerjasama strategik antara AKM dengan agensi kerajaan dan swasta.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, bersama dengan Encik Mohamad Azrul Syam bin Mohamad Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Encik Mohd Fahmi bin Ali, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Lawatan tapak ini bertujuan memudahkan pihak PBSD Pontian membuat perancangan program secara lebih teliti dan tersusun memandangkan Kem Belia merupakan program tahunan yang sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan belia.

Pihak PBSD Pontian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AKM Negeri Johor dan D’Bemban Camp & Eco Resort atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi memastikan kelancaran pelaksanaan program pada masa akan datang.

#PBSDPontian

#TeamJBSN

#TeamKBS

#JBSNKomited

#MajuJohor 

#MalaysiaMADANI

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search