KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM i-TALENT PERINGKAT DAERAH PONTIAN

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM i-TALENT PERINGKAT DAERAH PONTIAN

PONTIAN, 13 APRIL 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pontian telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor sebagai sebahagian daripada persediaan pelaksanaan program i-Talent peringkat daerah.

Kunjungan tersebut telah diadakan bersama dengan Pengarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Tuan Ts. Mohd Samsol bin Paijo, bertempat di kolej berkenaan. Turut hadir ialah Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, bersama-sama Encik Mohamad Azrul Syam bin Mohamad Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, serta Encik Mohd Fahmi bin Ali, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Kunjungan ini bertujuan sebagai sesi suai kenal dan ramah mesra, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama strategik antara PBSD Pontian dengan pihak kolej.

Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada perancangan pelaksanaan program bagi tahun 2026, antaranya program i-Talent dan Liga Sukan Komuniti (LSK). Dalam sesi tersebut, Encik Mohamad Azrul Syam turut mencadangkan agar pihak kolej mempertimbangkan penubuhan Kelab Rakan Muda atau kelab sukan sebagai platform untuk menggerakkan aktiviti melibatkan kakitangan dan pelajar.

Diharapkan jalinan kerjasama yang terjalin ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta menyokong pembangunan belia yang lebih holistik dan berdaya saing pada masa akan datang.

#MalaysiaMadani

#MajuJohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search