JOHOR BAHRU, 10 April 2026 - Jabatan Belia Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diketuai oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Majlis ini diadakan sebagai memenuhi pengisian sahsiah dan kerohanian, memohon keberkatan, keselamatan dan kesihatan serta mengeratkan hubungan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Majlis diakhiri dengan ucapan dan amanat terakhir daripada Yang Berusaha Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBS Johor yang akan berpindah dan akan memulakan tugas beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara bermula pada 15 April 2026 di Menara KBS.
Seluruh Warga JBS Johor mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tuan Pengarah. Semoga terus kekal cemerlang di tempat baharu.
#jbsjohor
#JBSNKomited
#jbsnegara
Disediakan Oleh JBSN Johor
