PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SEJATI MADANI X BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR

PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA SEJATI MADANI X BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR

ISKANDAR PUTERI, 5 April 2026 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor, Pejabat Pembangunan Negeri Johor dan Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi Madani x Belia Peringkat Negeri Johor yang disertai oleh seramai 278 orang pemimpin pertubuhan belia bertempat di Auditorium Majlis Bandar Raya Iskandar Puteri, Johor. 

Program Santuni Pertubuhan Belia ini berperanan sebagai mekanisme persediaan kepada pertubuhan belia untuk memahami keperluan, kriteria dan hala tuju pelaksanaan Program SejaTi MADANI. Penyertaan dalam program ini juga akan melayakkan pertubuhan belia menerima sijil penyertaan yang boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan dana di bawah Program SejaTi MADANI. 

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan). Turut hadir bersama-sama adalah Encik Abdul Rahman bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Mohammad Alif bin Dato A Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor serta kepimpinan Belia Negeri.

Program Santuni Pertubuhan Belia ini juga telah diisi dengan slot daripada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga inisiatif SejaTi MADANI yang akan disalurkan kepada pertubuhan belia akan memberi manfaat berpanjangan kepada pembangunan masyarakat setempat.

#RancakkanMADANI #MADANIBekerja

#JBSJohor

#SejatiMadani

#ROYSelatan

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search