- JBS Johor
- Hits: 14
PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA-SAMA MAJLIS BELIA DAERAH KULAI BAGI TAHUN 2026
- JBS Johor
- Hits: 14
KULAI, 2 April 2026 -
Satu Perbincangan bersama-sama Majlis Belia Daerah (MBD) Kulai telah diadakan di Kenangan Coffee, The Commune Lifestyle, Indahpura, Kulai.
Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Encik Muhammad Hail bin Sulaiman, Pengerusi MBD Kulai bersama dengan Puan Manisah binti Muhammad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulai. Turut hadir ialah Puan Suhaizan binti Sukemi, Bendahari MBD Kulai dan Puan Sanisah binti Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulai.
Perbincangan ini bertujuan menyelaras program-program belia bersama-sama MBD Kulai serta membincangkan pelaksanaan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang mengurangkan had umur belia kepada 30 tahun bermula pada 1 Januari 2026.
Semoga perjumpaan dan perbincangan ini dapat membawa hala tuju belia-belia khususnya Daerah Kulai ke arah yang lebih baik pada tahun ini.
#PBSDKulai
#MBDKulai
#JBSNJohor
#JBSNBersama
#TeamKBS
#KulaiKesayanganKita
Disediakan Oleh JBSN Johor
