PROGRAM PERTANDINGAN AEROMODELLING GLIDER PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

PROGRAM PERTANDINGAN AEROMODELLING GLIDER PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

SKUDAI, 14 MAC 2026- Program Pertandingan Aeromodelling Glider Peringkat Negeri Johor 2026 telah diadakan selama 2 hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai anjuran Kelab Belia Aspirasi Karisma Bandar Kulai dengan kerjasama Kelab Rakan Udara Malaysia dan UTM Aerolab . 

Program ini merupakan satu pertandingan sukan udara dimana para peserta dapat menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menghasilkan pesawat layang yang boleh diterbangkan dengan ditarik menggunakan tali atau getah tanpa enjin. Seramai 120 peserta telah menyertai program tersebut yang melibatkan beberapa daerah seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Pasir Gudang, Iskandar Putri, Batu Pahat dan Kulai.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Manisah binti Muhammad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulai dan turut hadir pengerusi Kelab Karisma En.Mirza Alif bin Azhar.

Program ini juga telah mendapat kelulusan peruntukan dari KBS di bawah Dana Sukan Komuniti. Semoga penganjuran program ini dapat diteruskan lagi bagi melahirkan belia-belia yang kreatif dan inovatif untuk masa depan negara.

#JBSNJohor

#JBSNBersama

#TeamKBS

#TeamsKarisma

#Pbsdkulai

#AeromodellingGlider

Disediakan Oleh JBSN Johor

 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search