- JBS Johor
- Hits: 13
PROGRAM RAKAN EKSPRESI RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2026
- JBS Johor
- Hits: 13
PONTIAN, 13 MAC 2026 – Program Rakan Ekspresi Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Pontian telah diadakan di SMA Maahad Pontian dengan penglibatan belia seramai 400 orang bagi mengimarahkan Majlis Tadarus Al-quran yang bermula jam 5.30 petang dan berakhir jam 7.00 malam
.
Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan di samping menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kerohanian yang dapat meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam.. Aktiviti Tadarus Al-Quran ini memberi peluang kepada para peserta untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran secara bersama. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta yang hadir.
Majlis dihadiri oleh Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Encik Mohd Firdaus Bin Ahmad , Ketua Panitia Usuluddin selaku wakil rasmi Pengetua SMA Maahad Pontian,.Program ini dengan kerjasama Pertubuhan Belia Ceria Pontian dan diketuai Saudara Muhammad Ammar Bin Mohd Azam, Pengerusi Pertubuhan Belia Ceria Pontian. Penganjuran program ini diharap dapat terus memperkukuhkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan serta menjadi platform yang positif dalam membentuk sahsiah dan jati diri belia di daerah Pontian
#MalaysiaMadani
#JBSNJ
#MajuJohor
#PBSDPontian
#rakanmuda
Disediakan Oleh JBSN Johor
