- JBS Johor
- Hits: 15
RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026 SEMARAKKAN PENGLIBATAN BELIA DALAM AKTIVITI KEROHANIAN DI MERSING
- JBS Johor
- Hits: 15
Mersing, 11 Mac 2026 - Ramadan terus disemarakkan dengan penglibatan aktif golongan belia apabila Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Mersing Tahun 2026 melabuhkan tirainya dengan jayanya di Surau Al-Irsyad, Politeknik Mersing Johor.
Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama strategik Majlis Gabungan Belia Mersing, Politeknik Mersing Johor, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Cawangan Mersing, serta sokongan padu komuniti setempat dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan melalui pelbagai pengisian kerohanian dan aktiviti kemasyarakatan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah AKM Negeri Johor, Encik Mohd Zamrin bin Siran; Pengarah Politeknik Mersing Johor, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian; Yang di-Pertua Majlis Gabungan Belia Mersing, Encik Azhar bin Dato' Zainal Abidin; serta Encik Mohd Jamil bin Samyon, Penolong Pegawai AKM merangkap Ketua Kompeni Charlie, Batalion Pertama Rejimen 501 AW.
Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan, malah memperkukuh peranan belia sebagai agen perpaduan dan pembangunan komuniti. Diharapkan inisiatif seperti ini akan terus menjadi wadah membentuk generasi muda yang berakhlak mulia, berdaya saing serta sentiasa dekat dengan institusi masjid.
#RakanMasjid
#RakanMudaRamadan
#pbsdmersing
#jbsnj
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MajuJohor
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
