- JBS Johor
- Hits: 9
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026
- JBS Johor
- Hits: 9
Johor Bahru, 12 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Johor (YADIM)telah melaksanakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bertempat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, Johor. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia serta menyemarakkan semangat Ramadan dengan aktiviti yang berteraskan keagamaan dan kebersamaan. Program ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan peserta. Program ini telah disertai oleh seramai 860 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar kolej, pelajar sekolah dan pelajar tahfiz di sekitar daerah Johor Bahru. Melalui program ini pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Pertandingan Azan, Nasyid dan Tilawah Al Quran serta aktiviti memasak bubur lambuk, solat berjemaah dan tazkirah. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan diiringi oleh Encik Zulkurnain Bin Suhadi, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai Perdana dan S/Insp Wan Azhar bin Wan Ariffin, Ketua Balai Polis Kangkar Pulai. Turut hadir adalah Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Encik Mohammad Alif bin Dato A. Rahim.
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
Shamsuhaime Basir
Masjid Taman Sri Pulai Perdana
#TeamKBS #TeamJBSN
#JBSNBersama #jbsnjohor
#rakanmuda #RakanMasjid
#rakanmudaramadan
#MajuJohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
