- JBS Johor
- Hits: 10
PROGRAM RAKAN EKSPRESI RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2026
- JBS Johor
- Hits: 10
PONTIAN, 8 MAC 2026 – Program Rakan Ekspresi Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Pontian telah diadakan di Surau Taman Megah dengan penglibatan belia seramai 20 orang bagi mengimarahkan Majlis Tadarus Al-quran yang bermula jam 5.30 petang dan berakhir jam 7.00 malam
.
Program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan di samping menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kerohanian yang dapat meningkatkan penghayatan terhadap ajaran Islam.. Aktiviti Tadarus Al-Quran ini memberi peluang kepada para peserta untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran secara bersama. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta yang hadir.
Majlis dihadiri oleh Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Tuan Hj. Abu Bakar bin Mohd Basiran, Pengerusi Surau Taman Megah, Encik Mohd Shawaludin bin Abdul Malik, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Pontian.Program ini dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Pontian dan diketuai oleh Encik Mohd Nur Salihin bin Mohd Khusni. Penganjuran program ini diharap dapat terus memperkukuhkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan serta menjadi platform yang positif dalam membentuk sahsiah dan jati diri belia di daerah Pontian
#MalaysiaMadani
#JBSNJ
#PBSDPontian
#rakanmuda
Disediakan Oleh JBSN Johor
