Mersing, 7 Mac 2026 – Suasana sunyi dinihari di Felda Tenggaroh 6 bertukar meriah apabila sekumpulan anak muda turun padang menyertai Program Kembara Sahur dengan mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur.
Program yang dianjurkan sempena Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Mersing oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing ini berjaya menyemarakkan lagi suasana Ramadan melalui penglibatan aktif belia dalam aktiviti komuniti dan kesukarelawanan.
Dengan penuh semangat, para belia bergerak mengelilingi kawasan perumahan sambil melaungkan seruan sahur, sekali gus menceriakan suasana dinihari dan menghidupkan tradisi kebersamaan dalam komuniti.
Turut hadir memeriahkan program ialah Saudara Azhar bin Dato' Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Gabungan Belia Mersing serta Encik Ramlee bin Samsudin, Pengerusi Masjid Al-Ukhwah Felda Tenggaroh 6.
Program diakhiri dengan para peserta menikmati juadah sahur bersama di Masjid Al-Ukhwah Felda Tenggaroh 6, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara belia dan komuniti setempat.
Belia bergerak, komuniti erat, Ramadan lebih bermakna.
#RakanMasjid
#RakanMudaRamadan
#RakanMudaMersing
#PBSDMersing
#jbsnj
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MajuJohor
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
