PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2026

PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2026

Mersing, 3 Mac 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Mersing telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Pelaksanaan Solat Sunat Gerhana bertempat di ADTEC JTM Kampus Mersing bersempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 peringkat daerah.

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa pada jam 7.21 malam diikuti Solat Fardu Maghrib secara berjemaah. Seterusnya, para jemaah menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) beserta khutbah khas sebagai tanda kebesaran Allah SWT atas fenomena gerhana bulan yang berlaku. Majlis diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Tarawih secara berjemaah.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah ADTEC JTM Kampus Mersing, Tuan Ts. Ismail bin Sukeeman bersama barisan pegawai serta warga belia daerah Mersing. Hadir sama Presiden Majlis Gabungan Belia Mersing, Encik Azhar bin Dato’ Zainal Abidin. Kehadiran kedua-dua tokoh ini menyerlahkan sokongan padu pihak institusi dan kepimpinan belia dalam menjayakan program keagamaan serta pengimarahan Ramadan di peringkat daerah.

Penganjuran program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia dan komuniti setempat, malah memberi pengisian rohani yang bermakna sepanjang bulan Ramadan selari dengan hasrat melahirkan belia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

KBSMalaysia

JBSNegara

#RakanMasjid

#RakanMudaRamadan

#RakanMudaMersing

#PBSDMersing

#MersingBeliaSejahtera

#SukanMembinaJuaraMersing

#MesMerisingMersing

#MajuJohor

#jbsjohor

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search