LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA GIATMARA MERSING

LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA GIATMARA MERSING

Mersing | 2 Mac 2026 - LAWATAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA GIATMARA MERSING

Lawatan ini bertujuan membina rangkaian kerjasama strategik antara PBSD Mersing dan GIATMARA Mersing. Fokus utama perbincangan adalah berkaitan penglibatan pelatih dalam aktiviti kesukarelawanan, pembangunan komuniti serta penyelarasan bantuan teknikal bagi respon pasca bencana di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) iaitu Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA).

Selain itu, turut dibincangkan kerjasama rakan strategik bagi pelaksanaan program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Mersing yang akan diadakan pada 5 Mac 2026 di Surau Al-Muttaqin, GIATMARA Mersing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Syed Fhadir bin Syed Yusoff, Pengurus GIATMARA Mersing, atas kesudian menerima kunjungan hormat serta komitmen dalam menjayakan kerjasama ini.

#RakanMasjid

#rakanmudaramadan

#pbsdmersing

#mersingbeliasejahtera

#sukanmembinajuaramersing

#rakanmudamersing

#MesmerisingMersing

#MajuJohor

#MalaysiaMadani

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search