Mersing | 2 Mac 2026 - Lawatan ini bertujuan membina rangkaian kerjasama strategik antara PBSD Mersing dan ADTEC JTM Kampus Mersing. Fokus utama perbincangan adalah berkaitan penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan, pembangunan komuniti serta penyelarasan bantuan teknikal bagi respon pasca bencana di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) iaitu Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA). Turut dibincangkan cadangan rakan kolaboratif dalam melaksanakan program-program belia dan sukan di peringkat daerah dan negeri.
Selain itu, turut dibincangkan kerjasama rakan strategik bagi pelaksanaan program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Mersing yang akan diadakan pada 3 Mac 2026 di Surau Al-Itqan ADTEC JTM Kaampus Mersing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs Ts. Ismail bin Sukeeman Pengarah ADTEC JTM Kampus Mersing, atas kesudian menerima kunjungan hormat serta komitmen dalam menjayakan kerjasama ini.
#RakanMasjid
#rakanmudaramadan
#pbsdmersing
#mersingbeliasejahtera
#sukanmembinajuaramersing
#rakanmudamersing
#MesmerisingMersing
#MajuJohor
#MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
