KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR (MBNJ)

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR (MBNJ)

29 Januari 2026 | Johor Bahru

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

Kunjungan yang diketuai oleh Presiden MBNJ itu memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa yang baharu dan berbincang mengenai hala tuju dan cadangan kerjasama strategik bagi penganjuran program-program ikonik seperti Hari Belia Negara, Majlis Perundingan Belia Negara dan Anugerah Perdana Belia Negara.

Turut hadir, barisan Pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang menyantuni sesi kunjungan tersebut. Pertemuan ini diharapkan dapat mengekalkan sinergi antara pihak Kerajaan dan pertubuhan belia dalam memperkasa agenda pembangunan belia khususnya di Negeri Johor.

 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search