LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PENANAMAN TERUNG PROGRAM AGROBELIA LESTARI TAHUN 2025

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PENANAMAN TERUNG PROGRAM AGROBELIA LESTARI TAHUN 2025

Pontian, 27 Januari 2026 - Lawatan Pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi memantau pelaksanaan projek penanaman terung di bawah Program Agrobelia Lestari yang telah berlangsung dari 20 Julai 2025 hingga April 2026. 

Projek tanaman ini telah dikelolakan oleh Majlis Belia Daerah Pontian bagi membantu golongan belia setempat untuk menjana pendapatan melalui bidang pertanian dan memberi sokongan dalam projek-projek berasaskan pertanian. 

Berdasarkan pemantauan, projek ini telah berjaya menghasilkan terung gred A dan B dan dengan tuaian sebanyak 50 kilogram sehari. Turut hadir, Encik Nor Mohammad Shawaludin bin Abdul Malik Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Pontian, Puan Alina binti Abdul Aziz Penolong Pegawai Pertanian dan Encik Taufiq daripada Pejabat Pertanian Daerah Pontian yang membuat pemantauan dan penilaian projek.

 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search