Alhamdulillah, saya diberi kesempatan mengunjungi Stadium Sultan Ibrahim (SSI), gelanggang keramat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
LARKIN, 19 Januari 2026 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Johor Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Sempena pemulaan tahun 2026, YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBSN Johor telah menyampaikan amanat kepada semua Pegawai dan kakitangan Jabatan yang menyentuh aspek etika kerja dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Beliau turut memberikan motivasi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan mengamalkan urus tadbir dengan amanah dan berkesan.
Seramai 14 orang Pegawai dan kakitangan telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dari bulan Julai hingga Disember 2025. Perhimpunan kali ini menampilkan tema gaya hidup aktif dan semua kakitangan turut menyertai aktiviti sukan pada sesi petang.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah kepada semua kakitangan atas khidmat bakti yang telah diberikan dan semoga penghargaan ini akan menyuntik semangat bekerja dalam kalangan warga Jabatan untuk terus memberikan komitmen terbaik.
#JBSNJohor
#JBSNBersama
#TeamKBS
Disediakan Oleh JBSN Johor
