- JBS Johor
- Hits: 18
HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA (HKBM) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025
- JBS Johor
- Hits: 18
Muar, 6 Disember 2025 – Program Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan di Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh dengan penglibatan belia dari pelbagai daerah di negeri Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan atas dedikasi dan sumbangan mereka dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat.
Pelaksanaan pelbagai aktiviti sempena HKBM ini turut bertujuan mengiktiraf peranan serta komitmen belia dalam usaha khidmat masyarakat, di samping menggalakkan semangat kesukarelawanan sebagai budaya yang berterusan.
Program ini sekali lagi membuktikan bahawa belia Johor merupakan aset penting dalam pembangunan negara melalui keprihatinan dan semangat sukarelawan yang tinggi.
Shamsuhaime Basir
Hannah Yeoh
JBSNegara
KBSMalaysia
#harikesukarelawananbeliamalaysia #beliajohor #rakanmuda #yakinboleh #rakanmudajohor #JBSNBersama #sukarelawan2025 #MajuJohor #MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
