- JBS Johor
- Hits: 30
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KEPADA KOMUNITI SEMPENA SANTUNI MADANI KBS - PROGRAM SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG
- JBS Johor
- Hits: 30
SEGAMAT, 15 November 2025 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek kepada Komuniti bersempena dengan Santuni MADANI KBS - Program Satu Pemimpin Satu Kampung yang telah diadakan di Kampung Spang Loi, Buloh Kasap, Segamat. Program ini merupakan satu inisiatif kerajaan yang bertujuan memperkukuh hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Program ini bukan sekadar pelaksanaan aktiviti, membaik pulih kemudahan awam atau penganjuran program komuniti semata-mata, tetapi satu usaha menyantuni masyarakat dengan pendekatan empati, keprihatinan dan tanggungjawab sosial.
Majlis Perasmian Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir Yang Berhormat Dato' Zahri bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor merangkap ADUN Buloh Kasap, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Yazid bin Baharudin, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Yang Berusaha Dr. Nazira binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar KBS dan Yang Berusaha Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang luar biasa untuk menjayakan program ini.
KBSMalaysia
Zahari Sarip.
Shamsuhaime Basir
#KBSMalaysia #MalaysiaMADANI #SatuPemimpinSatuKampung #segamat
Disediakan Oleh JBSN Johor
