PONTIAN, 28 Oktober 2025 - YBhg. Tuan Shamsuhaime bin Basir, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan AP309 Bil. 2 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian jam 4.00 petang semalam.
Beliau telah disambut oleh Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan kakitangan. Antara pelaksanaan AP309 ialah memeriksa Buku Setem, kad perakam waktu kakitangan, memeriksa Aset Alih Kerajaan dan memberi sedikit bimbingan kepada kakitangan berkaitan tatakelola pengurusan pejabat dan pelaksanaan Program.
Terima kasih atas kehadiran dan bimbingan tuan.
#LawatanAP309
#MalaysiaMadani
#MajuJohor
Disediakan oleh PBSD Pontian
