SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN MERSING 2025 (KURSUS ASAS PROMPT CHATGPT)

SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN MERSING 2025 (KURSUS ASAS PROMPT CHATGPT)

MERSING, 30 September 2025 – Program Skills for Life @ Parlimen Mersing 2025 yang menampilkan Kursus Asas Prompt ChatGPT telah berjaya dilaksanakan di Politeknik Mersing Johor (PMJ) dengan penyertaan seramai 25 orang peserta daripada Maahad Tahfiz Al-Khairiah Mersing (MATAM) dan Pejabat Ahli Parlimen Mersing.

 

Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing) dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Mersing serta Politeknik Mersing Johor (PMJ). Penganjuran kursus ini bertujuan memperkenalkan kemahiran asas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) khususnya melalui aplikasi ChatGPT bagi meningkatkan kecekapan kerja dan inovasi dalam tugasan harian peserta.

 

Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Azreen binti Khamis, Timbalan Pengarah Politeknik Mersing Johor, yang menekankan kepentingan celik digital dan kemahiran teknologi dalam dunia kerja masa kini. Sepanjang kursus, peserta turut menyertai pelbagai kuiz interaktif yang menguji kefahaman mereka terhadap penggunaan prompt dengan lebih berkesan.

 

PBSD Mersing berharap agar penganjuran program seperti ini dapat diteruskan dan diperluas kepada lebih ramai belia serta penjawat awam di peringkat daerah. Usaha ini diharap dapat memperkukuh kemahiran digital komuniti setempat dan menyokong aspirasi pembangunan masyarakat berpengetahuan, berinovasi dan berdaya saing di era teknologi masa kini.

 

Disediakan oleh PBSD Mersing 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search