KEJOHANAN CATUR PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025

KEJOHANAN CATUR PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025

MERSING, 25 Oktober 2025 – Kejohanan Catur Program 1000 Liga Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pai Chee, Mersing, dengan penyertaan seramai 58 peserta daripada 20 buah sekolah dan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sekitar daerah ini.

 

Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing) dengan kerjasama strategik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mersing serta SMK Pai Chee sebagai tuan rumah. Penganjuran kejohanan ini bertujuan memperkasa pembangunan sukan minda dalam kalangan generasi muda serta menggalakkan penyertaan pelajar dan belia dalam aktiviti yang menuntut ketajaman fikiran, disiplin, dan strategi.

 

Sepanjang kejohanan, para peserta memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi serta daya saing yang sihat selaras dengan matlamat sukan catur sebagai wahana pembentukan sahsiah dan pemikiran kritikal. Kejohanan ini turut menjadi platform memperkukuh jaringan antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam usaha memajukan sukan intelektual di peringkat akar umbi.

PBSD Mersing mengharapkan agar penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan secara berterusan dengan penglibatan lebih banyak sekolah dan IPT pada masa akan datang. Usaha ini diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi belia yang berfikiran strategik, berdaya saing dan berdisiplin seiring dengan aspirasi pembangunan sukan daerah Mersing.

 

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search