PROGRAM AKTIF EKSPRES PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2025

PROGRAM AKTIF EKSPRES PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2025

PONTIAN , 25 OKTOBER 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah mengadakan Program Ekspres Peringkat Daerah Pontian telah diadakan di IPD Pontian dengan kerjasama Kelab Taekwando Cergas, Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP) Pontian dan juga Kelab Kecergasan Pulai Sebatang.

Program ini bermatlamatkan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif seterusnya meningkatkan produktiviti untuk belerja dan menjalankan aktiviti harian terutama ya bagi golongan muda telah mendapat sambutan seramai 103 peserta yang telah hadir. 

Program dimulakan dengan ceramah yang bertajuk "Pemakanan sihat" yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Azad bin Manas. Program diteruskan lagi dengan pertandingan Aerobicthon yang diketuai oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang.

Majlis penyampian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. Turut hadir Puan Azidah Binti Kamin, Timbalan Pengerusi PERKEP Daerah Pontian. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan program ini sehingga selesai dengan jayanya. Semoga kerjasama yang erar ini dapat diteruskan pada masa akan datang

#MalaysiaMadani

#MajuJohor

#pbsdpontian

 

Disediakan oleh PBSD Pontian 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search